Orang Biasa (feat. Aizat Amdan)

2 views

Lyrics

Yang indah di mata, tak semuanya nyata
 Hakikatnya aku juga orang biasa
 Sejauh mana tinggi, bawa aku kembali
 Hakikatnya aku juga orang biasa
 Orang biasa, yang akan terluka
 Yang akan menangis, di saat berduka
 Orang biasa, yang selalu terlupa
 Bila aku tinggi, bawaku kembali
 Bila aku tinggi, bawaku kembali
 Kejayaan tak pernah dimilik ia disewakan
 Orang biasa tak perlu didewakan
 Balik tabir ni aku dah selakkan
 Bukan buka aib tapi panduan untuk elakkan
 Jadi penghibur bukan bahan hiburan
 Hari kerja kita orang lain berliburan
 Nukilan tulisan irama jadi siulan
 Panggilan untuk bangkit hingga dodoi yang tidurkan
 Topik hangat pendengar minta lagukan
 Ada kata lawan arus ada nasihat ikut haluan
 Ada kata karya seni bukan untuk habuan
 Engkau jaguhkan?
 Masuk gelanggang pertaruhkan
 Dan tiada yang kekal
 Tiada apa yang nak sesal
 Walau kulit ku tebal, aku tak kebal
 Yang indah di mata, tak semuanya nyata
 Hakikatnya aku juga orang biasa
 Sejauh mana tinggi, bawa aku kembali
 Hakikatnya aku juga orang biasa
 Nampaknya sampai disini sahaja
 Kita dicemburui masa
 Mungkin boleh kongsi sepatah dua kata
 Tapi aku takleh stay lama
 Esok pagi aku jadi orang biasa
 Keluar rumah serabai penuh selamba
 Semalam jaja suara, pagi ni aku berniaga
 Ada lebih masa kita lepak bersama
 Dah takde show, takde shoot video
 Takde interview radio dah takde buat promo
 Takde lagi selfie takde orang ambik foto
 Takde orang nak tegur macam kenal, bro
 Masa untuk ku undur diri
 Bukan macam dulu lagi
 Dan tiada yang kekal (tiada yang kekal)
 Tiada apa nak sesal (tiada apa yang nak sesal)
 Walau kulit ku tebal, aku tak kebal
 Yang indah di mata, tak semuanya nyata
 Hakikatnya aku juga orang biasa (orang biasa)
 Sejauh mana tinggi, bawa aku kembali
 Hakikatnya aku juga orang biasa (uhuu)
 Orang biasa (orang biasa)
 Yang akan terluka (akan terluka)
 Yang akan menangis (akan menangis)
 Di saat berduka
 Orang biasa (orang biasa)
 Yang selalu terlupa (selalu terlupa)
 Bila aku tinggi, bawaku kembali
 Bila aku tinggi, bawaku kembali (orang biasa)
 Dah sampai masa untuk saya undurkan diri dan menjadi orang biasa
 Bukan kerana terpaksa tapi atas pilihan saya sendiri
 Terima kasih kepada kawan-kawan yang menolong, yang tak menolong
 Yang menyokong, dan tidak menyokong
 Tiba masanya untuk satu permulaan yang baru
 Terima kasih, assalamualaikum
 Bismillahhirrahmannirrahim
 

Audio Features

Song Details

Duration
04:16
Key
10
Tempo
170 BPM

Share

More Songs by Altimet'

Albums by Altimet'

Similar Songs