Kotarayaku II

Lyrics

Kuala Lumpur senyumanmu
 Ini kota raya yang sering berkata
 Kalau berani ayuh mari cuba saya
 Siapa mahu cuba dicabar semua
 Si kota terima dengan tangan terbuka
 Apa hasratnya bila ditanya
 Si kota hanya senyum selamba
 Apa kamu mahu semuanya bisa
 Jemput ke rumahku sila-sila
 Di dalam hatinya banyak rahsia
 Banyak kisah benar ramai saksinya
 Ada yang gagal, ada yang berjaya
 Ada bersahaja, ada capai kerjaya
 Ada rezeki yang melimpah ruah
 Hingga kurang nasi terlebih kuah
 Ada yang sial, ada yang bertuah
 Cerita sama hanya watak berubah di Kuala Lumpur
 (Kuala Lumpur) kau yang tak pernah tidur
 (Kuala Lumpur) menjaga mimpi yang luntur
 (Kuala Lumpur) ayuh, kita meluncur
 (Kuala Lumpur) di kota raya Kuala Lumpur
 (Kuala Lumpur) kau yang tak pernah tidur
 (Kuala Lumpur) menjaga mimpi yang luntur
 (Kuala Lumpur) terlanjur tak boleh undur
 (Kuala Lumpur) di kota raya Kuala Lumpur
 Ini kota raya talam dua muka
 Katanya madu kau disuap cuka
 Selepas dibelai hatimu diluka
 Dipijak kepala lepas diberi muka
 Kau kan ditelan lantas diludah
 Pesta sementara sesal tak sudah
 Lampu berkelipan bikin hati buta
 Hidup serba laju trafik kura-kura
 Bukan main-main tapi tetap selamba
 Suasana berubah bila malam melanda
 Lihat anak muda yang tak punya
 Tujuan berlumba guna kuasa kuda
 Jangan salah laku cuba lawan syahdu
 Senyala lilin mengejar wap syabu
 Ramai yang gagal bila diduga
 Tapi masih ramai yang berani cuba di Kuala Lumpur
 (Kuala Lumpur) kau yang tak pernah tidur
 (Kuala Lumpur) menjaga mimpi yang luntur
 (Kuala Lumpur) ayuh, kita meluncur
 (Kuala Lumpur) di kota raya Kuala Lumpur
 (Kuala Lumpur) kau yang tak pernah tidur
 (Kuala Lumpur) menjaga mimpi yang luntur
 (Kuala Lumpur) terlanjur tak boleh undur
 (Kuala Lumpur) di kota raya Kuala Lumpur
 Lihat si penagih di Dataran Merdeka
 Menyuntik kasih dalam urat mereka
 Lihat si buaya ligat bercereka
 Pada si dara untuk menyuap selera
 Lihat si dara, oh, itu katanya
 Dibelai si tua yang bukan bapanya
 Lihat si bapa gandakan usaha
 Anaknya empat jadi kerjanya dua
 Lihat si remaja santai kaki lima
 Tiada harapan, buat apa ada cita
 Lihat si pegawai mengemis rasuah
 Tinggi sewa rumah jadi ini lumrah
 Lihat anak Dato' membesar sendiri
 Semua dibeli tapi tak mampu pekerti
 Sebelum berjalan pandang kanan kiri
 Selamat datang harap pandai bawa diri di Kuala Lumpur
 (Kuala Lumpur) kau yang tak pernah tidur
 (Kuala Lumpur) menjaga mimpi yang luntur
 (Kuala Lumpur) ayuh, kita meluncur
 (Kuala Lumpur) di kota raya Kuala Lumpur
 (Kuala Lumpur) kau yang tak pernah tidur
 (Kuala Lumpur) menjaga mimpi yang luntur
 (Kuala Lumpur) terlanjur tak boleh undur
 (Kuala Lumpur) di kota raya Kuala Lumpur
 (Kuala Lumpur)
 Di kota raya Kuala Lumpur
 (Kuala Lumpur)
 

Audio Features

Song Details

Duration
03:49
Key
6
Tempo
82 BPM

Share

More Songs by Altimet

Albums by Altimet

Similar Songs